Make your own free website on Tripod.com

Fadhilat Ibadat

Bulan Sya'ban

Sabda Nabi s.a.w.:-

Apabila masuk bulan Syaaban,baikkanlah niatmu adanya,kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barang siapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban:-

diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.Dia akan menjadi taulan nabi Allah Yusof di dalam Syurga.Di beri pahala oleh Allah seprti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratlmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripadanya huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat dan di wajibkan syurga baginya. (Al-Hadis)

Barangsiapa berpuasa:-

Pada awal khamis dibulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban,dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-Hadis) dari kitab Al-Barokah.

Berkata Siti Aisyah r.a.:-

Bulan yang lebih dikasihi Rasulullah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.

Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umat ku.Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)

Sabda Nabi s.a.w.:-

Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala bukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:-

Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.:-

Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain nya seperti Quran atas segala Qalam.Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan ku atas segala Anbia' (nabi-nabi). Kelebiahan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain nya seperti kelebihan Allah atas sekalian makluk Nya.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:-Angkat kepala mu ke langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.

Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)

Tersebut dalam kitab A-Barokah:-

Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut dalam kitab Iq'na:-

Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-

Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lainpula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-

Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-

Sehingga naik fajar subuh.

Dan katanya lagi :-

Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

Wassalam.