Make your own free website on Tripod.com

Kisah Benar

Hidup Sebelum Mati

Kesah Benar yang diceritakan oleh Ustaz.Abu Bakar Abdul Aziz. Ianya berlaku dikawasan dearah Gombak dimana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu macam macam jenis mayat saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat disempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun lalu mendedahkan saya pada satu kes yang cukut "istimewa" sepanjang saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar. Peristiwa itu berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya diSerkam Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidak dapat lah saya nyatakan disini. Ianya terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi kerumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh baca al-Quran.

Tapi bila saya hendak balik, anak allahyarham datang dan menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata " Cubalah tanya dia sendiri ". Tapi kawan saya ada menberitahu dua bulah yang lepas saya sahaja mengadakan kurus dalam hal pengurusan jenazah. Anak allahyarham menemui saya. Saya beritahu jenazah tidak elok dibiarkan lama lama. Saya terus pergi kerumahnya. Tapi bila saya hampir sampai kerumah allayrham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak penah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.

Bila saya tengok wajah allahyrham, sekali lagi hati saya tersentuh saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh macam macam perasaaan ........ takut, cemas, kesal dan macam macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oeh anak allahyarham dan saya potongkan. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang mengikut kurus pengurusan jenazah yang penah saya jalankan. Saya ajak mereka menbantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikankan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangun kan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar.

Maka saya pun urut urutkan perut allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu sangat mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tapi melalui mulutnya. Lain macam saja ni, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut urut lagi perutnya. Tapi najis keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar debar. Apa yang sedang berlaku didepan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis, saya harap ianya tidak berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali terakhir. Tiba tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hibup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kemantianya dengan waktu saya mengurusnaya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya.. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang begitu sengkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak allahyarham. Meraka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi,mereka juga terkejut dan penik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan kemuka mereka.

Saya kata kepada mereka, " Inilah ujian Allah kepada kita." Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi pergi panggil semua anak allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki laki. Seorang berada diluar negeri dan enam lagi berada disini.Bila kesemuanya anak allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawap saya hanyalah membantu memguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawap tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal memguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tuk imam, tuk bilal, tuk siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pergorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat saat begini anak anak allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu. saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggekan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba tiba keluarlah ulat ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah ........ Suasana menjadi makin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.

Saya minta anak anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat kedalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat sebab saya takut perkara perkara yang lebih aib akan berlaku. Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan diatas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup cukup memarasi hujung kepala dan kaki, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potong dan tampung ditempat tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tapi apa nak buat, itu saja yang boleh saya lakukan. dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah " Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, Cukuplah sekadar peringatkan kepada hambamu ini. " Selepas itu saya beri taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan, yang hadir cuma 13 orang saja. Selepas sembayangkan jenazah tadi, satu lagi masallah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantar ketanah perkuburan kerana tidak ada kerata jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya tapi peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul memawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya tunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah allahyarham, tiba tiba isterinya keluar. Denga suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai. " Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk angkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya." Renungkanlah, kalau tidak ada apa apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu bawa balik vannya.Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia anak murid saya. Dia meminta izin dari saya dalam 10 - 15 minit untuk bersih kan keratanya itu.Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kerata tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. Kereta itu yang dimaksudkan itu sebenarnya lori dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, penahkan kita lihat satu jenazah dibawa kekubur dengan lori ayam?

Dalam perjalan menuju kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah bantu kami menguburkan janazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa apa lagi peristiwa ganjil.Rupanya apa yang saya takut kan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai saja jenazah kekuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun kedalam liang dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja kebumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawapnya.

Lalu saya arahkan anak allahyarham supaya sendalkan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia terlentang atau terlangkup ..... nanuzubillah. Kalau mayat terlangkup ..... tak ada harapan untuk mendapat syafaa Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak anak allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talkin, saya tengok tanah yang injak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang kerumah allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri allahyarham apakah yang telah dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya. Apakah dia penah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merempas, menipu rasuah, memakan harta masjib dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk menberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya sehingga sekarang, tidak seorang pun anak allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak allahyarham merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristeri orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang mambantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Merekan kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah allahyarham kerana anak anak allahyarham telah menjadikan mereka Sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata " Tidak ". Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila bila. Kepada masyarakat, tanya lah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu berulang ulang kali dan hingga sampai satu masa nanti, masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Renungkanlah ...

Wassalam.