Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Isteri Derhaka

SEORANG HAMBA ALLAH (SI A) TELAHPUN KEMBALI KERAHMATULLAH SECARA MENGEJUT(SAKIT JANTUNG). ALLAHYARHAM ADALAH DIHORMATI DAN DISEGANI DI KAMPUNG BELIAU. SEMASA JENAZAH ALLAHYARHAM DILETAKKAN DIRUANG TAMU RUMAHNYA, MENUNGGU UNTUK DIURUSKAN OLEH SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI, ISTERI ALLAHYARHAM TIDAK BERHENTI-HENTI MERATAPI JENAZAHNYA SAMBIL MERUNGUT-RUNGUT. SIPENULIS YANG KEBETULAN ANAK SAUDARA ALLAHYARHAM, ADA DISEBELAH BALU ALLAHYARHAM ITU. SAYA MERASA AMAT HAIRAN DENGAN SIKAP BALU ARWAH ITU. BELIAU SEPATUTNYA MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL QURAN UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA ARWAH.
KIRA - KIRA SELEPAS 10 MINIT SAYA DISISI JENAZAH, KAKAK IPAR ARWAH (KAKAK BALUNYA) SAMPAI. BELIAU TURUT HAIRAN DENGAN SIKAP ADIKNYA YANG MERATAP DAN MERUNGUT, LANTAS MELARANG ADIKNYA BERBUAT DEMIKIAN SAMBIL BERTANYA MENGAPA.

SAYA AMAT TERKEJUT BILA BALU ARWAH MENJAWAB (YANG BIASANYA TIDAK PERNAH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG NORMAL). ANTARA JAWAPANNYA IALAH :

1. SUAMINYA TIDAK MEMBUAT SURAT WASIAT (YANG SEBENARNYA ADA).

2. TANAH PUSAKA SUAMINYA TIDAK SEMPAT DITUKARKAN KE NAMA BELIAU DAN ANAK-ANAKNYA.

3. SUAMINYA TIDAK SEMPAT MEMINDAHKAN SAHAM SYARIKAT SUAMINYA BERSAMA ADIK-ADIKNYA KEPADA BELIAU (SUAMINYA MEMEGANG SAHAM SEBANYAK 50% DAN 5 ORANG ADIK-ADIKNYA 10% SETIAP SEORANG).

UNTUK MAKLUMAN, ARWAH ADALAH SEORANG YANG AGAK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN. SYARIKAT YANG DIURUSKAN OLEH ARWAH SANGAT MAJU DEWASA INI. DISAMPING ITU ARWAH MEMILIKKI KIRA-KIRA 12 EKAR TANAH DI PINGGIR PUTRA JAYA DAN KIRA-KIRA 50 EKAR DI SEKITAR KAWASAN SEPANG/DENGKIL.

SETELAH SEMINGGU ARWAH DIKEBUMIKAN PEGUAM ARWAH MEMANGGIL WARIS-WARISNYA UNTUK DIBACAKAN SURAT WASIAT ARWAH. SAYA JUGA TURUT DIPANGGIL TANPA MENGETAHUI SEBABNYA. ARWAH MEMPUNYAI 4 ORANG ANAK DAN YANG SULONG MASIH BERSEKOLAH DI TINGKATAN 4 TKC. DAN YANG BONGSU BERUSIA 6 TAHUN.

ANTARA YANG TERKANDUNG DALAM WASIATNYA IALAH :

1. 30% SYER PERNIAGAAN DISERAHKAN KEPADA ANAK SAUDARA PEREMPUANNYA YANG JUGA AHLI PERNIAGAAN DAN 20% LAGI DIAGIHKAN SAMARATA KEPADA ANAK-ANAKNYA DENGAN ANAK SAUDARA PEREMPUANNYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH.

2. TANAH PUSAKANYA SELUAS 10 EKAR DIPINGGIR PUTRA JAYA DISERAHKAN SAMARATA KEPADA ANAK-ANAK PEREMPUAN NYA (2 ORANG) DAN 2 EKAR UNTUK ANAK SAUDARA LELAKINYA YANG JUGA PEMEGANG AMANAH UNTUK ANAK-ANAK PEREMPUANNYA.

3. ANAK-ANAK LELAKINYA YANG BERUMUR 14 TAHUN DAN 10 TAHUN, DIBERI TANAH 15 EKAR SEORANG DENGAN ANAK SAUDARA LELAKINYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH.

4. SAHAM-SAHAMNYA DISERAHKAN KEPADA ANAK-ANAKNYA DAN DIBAHAGIKAN MENGIKUT SYARAK DAN DIURUSKAN OLEH ANAK SAUDARA PEREMPUANNYA YANG DIBERI 20%.

5. WANG TUNAINYA DI BANK (PERSENDIRIAN) DIAMANAHKAN KEPADA KAKAKNYA UNTUK MENAMPUNG PEMBIAYAAN ANAK-ANAKNYA JIKA ISTERINYA TIDAK BERKAHWIN LAGI. JIKA ISTERINYA BERKAHWIN LAGI BELIAU MEMINTA PEGUAMNYA MEMINTA MAHKAMAH MEMBERI HAK PENJAGAAN ANAK-ANAKNYA KEPADA KAKAKNYA.

6. RUMAH DAN TAPAK RUMAHNYA DIWAKAFKAN UNTUK UNTUK ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAN SEBUAH SURAU DAN HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM.

7. HARTA-HARTA YANG LAIN IAITU KERETA 2 BUAH(ADIK LELAKINYA YANG KETIGA/KELIMA), BAKI TANAH 20 EKAR DIBAHAGIKAN SAMARATA KEPADA ADIK-ADIK DAN KAKAKNYA.

SETELAH SELESAI WASIAT DIBACAKAN ISTERINYA MEMBANTAH KERAS KERANA TIADA SATUPUN HARTA YANG DISERAHKAN KEPADANYA KECUALI SEBUAH PROTON SAGA YANG TIDAK DIMASUKKAN DALAM WASIAT(YANG MEMANG DIGUNAKAN OLEH ISTERINYA).

BELUM SEMPAT ISTERINYA TERUS MEMBANTAH, PEGUAM MEMBACAKAN SATU KENYATAAN MENGENAI ISTERINYA YANG TERKANDUNG DALAM WASIAT.

"ISTERIKU TIDAK AKAN KUBERIKAN APA-APA KECUALI PENGAMPUNAN. TERLALU BANYAK DOSANYA KEPADA AKU, MAKA PENGAMPUNAN ADALAH HADIAH YANG PALING BERHARGA. TIDAK PERNAH AKU MERASA MASAKANNYA SEJAK MULA BERKAHWIN WALAUPUN PERNAH AKU SUARAKAN. TIADA BELAS KASIHAN TERHADAP AKU, BAIK SEMASA SAKIT APATAH LAGI JIKA AKU SIHAT. HERDIK DAN TENGKING KEPADA AKU DAN ANAK-ANAK ADALAH LUMRAH. KELUAR RUMAH TIDAK PERNAH MEMINTA KEBENARAN DARI AKU. MAKAN DAN MINUM ANAK-ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB BIBIK (PEMBANTU RUMAH). KAIN BAJUKU TIDAK PERNAH DIURUSKAN DAN YANG PALING MEMEDIHKAN TIADA MAHUNYA DIA MENDENGAR PANDANGAN DAN NASIHATKU UNTUK KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA. KEBAHAGIAAN AKU SELAMA INI HANYA DENGAN AMALANKU,TUGAS HARIANKU, ANAK-ANAKKU DAN ADIK-BERADIKKU TERUTAMA KAKAKKU YANG SEBAGAI PENGGANTI IBU).

SELEPAS PEGUAM MEMBACA KENYATAAN ITU BARULAH AKU FAHAM MENGAPA BALU ARWAH BEGITU MERATAP DAN MERUNGUT SEMASA DI SISI JENAZAHNYA.

MARILAH KITA RENUNGI BERSAMA.

WALLAHUA'LAM.......