Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Amanah Dan Janji

Menerima amanah dan janji adalah dua perkara yang ringan tetapi sangat berat untuk dilaksanakannya. Kebanyakkan orang melakukan dosa kerana keduanya ini. Sedangkan kedua-dua inilah merupakan ukuran iman dan agama seseorang.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak beriman seseorang yang tidak memegang amanah dan tidak berugama orang yang tidak memenuhi janji."

(HR Ahmad)

Misalnya ucapan Insya'Allah yang sangat mudah diucapkan dan diikrarkan oleh sebahagian kaum muslimin, tetapi sering tidak dapat ditunaikan. Padahal ia telah menjadikan Allah s.w.t. sebagai saksi didalam janjinya. Maka sesiapa sahaja yang meremehkan ucapan tersebut dan menjadikannya sebagai ucapan yang remeh-temeh, maka akan cacatkah iman dan ugama seseorang itu. Sesengguhnya sesiapa yang dapat memelihara perkara-perkara di atas, maka Allah s.w.t. akan memasukkannya ke dalam syurga Firdaus sebagaimana firmannya yang bermaksud:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu' dalan solatnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada gunanya, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janji-janjinya, dan orang-orang yang memlihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."

(QS Al Mukminnun 23: 1-11)

Umar Ibn Khattab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Telah diturunkan kepada sepuluh ayat, barangsiapa mengerjakannya akan masuk syurga. (Maksudnya ialah sepuluh ayat di atas)

(HR Ahmad)

Wassalam.