Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Contohilah Para Sahabat

Sekarang ini, masyarakat di Malaysia sibuk memperkatakan isu berkaitan dengan melahirkan masyarakat madani dalam memasuki alaf baru. Tapi persoalannya sekarang ialah untuk mencapainya bukanlah suatu yang mudah seperti mudahnya ia diperkatakan. Rasulullah dengan bantuan wahyu Allah mengambil masa selama 13 tahun untuk merefomasikan sahabat-sahabat awal Islam sehingga lahirnya satu generasi yang ulung dan tercatat dalam sejarah manusia dan diungkap oleh As-Syahid Syed Qutb sebagai generasi unit.
Marilah kita lihat sejenak kenapa sahabat-sahabat Rasul diikhtiraf oleh manusia selepas mereka. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah sebab mereka beriman dengan Allah dan duduk dalam deen Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 19:

"Sesungguhnya Ad-deen (yang diredhai) disisi Allah adalah Islam".

Syaidina Omar pernah berkata yang lebih kurang maksudnya:

"Kami dulu berada dalam keadaan kegelapan dan kejahilan, dengan Islamlah kami dimuliakan dikalangan manusia."

Tapi lihatlah manusia sekarang, mereka merasa hina atau rendah dengan Islam. Mereka terhalang dalam tingkah laku/perbuatan bila berada dalam Islam. Dengan kefahaman dan kejahilan tentang pengertian Islam inilah ramai umat Islam sekarang sanggup menjadi murtab secara sedar atau tidak sedar.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 83:

"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang dilangit dan dibumi, baik dengan suka atau terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan."

Allah berfirman dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku."

Islam diturunkan oleh Allah ialah untuk menyelesaikan permasalahan manusia.Permasalah yang paling besar (Qardiah Islamaiah) ialah menjelaskan perhambaan yang sebenar iaitu hanyasanya kepada Allah dan menolak sebarang Illah lain. Hakikat jiwa manusia ialah mereka mudah lupa dan Rasul diturunkan untuk mengingatkan manusia semula. Manusia lupa dan cenderung untuk melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah seperti umat-umat terdahulu.

Rasul pernah bersabda yang bermaksud:

"Kamu akan mengikut perjalanan umat yang terdahulu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka masuk lubang biawak sekalipun, nescaya kamu mengikutnya."

Kita telah memiliki Al-Quraan yang merupakan satu mashaf yang telah dijamin oleh Allah keaslianya sampai hari Akhirat. Tapi tidak bermakna bahawa kita hanya berbaga dengannya dan menjadikan azimat atau membacanya ketika ada kematian sahaja. Apa yang perlu ialah mengambil segala pengajaran yang terkandung didalamnya berdasar kepada ulasan dan kupasan yang dikemukakan oleh ulamak-ulamak muktabar. Dengan itulah Islam akan berperanan menyelesai semua permasalahan hidup manusia dari sekecil-kecilnya hinggalah yang besar.

Allah berfirman dlam surah Asy-Syuura ayat 17:

"Allah-lah yang menurunkan kitab (Al-Quraan) dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan). Dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu (sudah) dekat?."

Firman Allah lagi dalam surah Ath-Taariq ayat 13:

"Sesungguhnya Al-Quraan itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil".

Setelah kita sedar bahawa Al-Quraan adalah tempat rujukan kita dan Allah serta Rasul sebagai sembahan dan ikutan kita, maka kita dapat nafikan lagi bahawa untuk melaksanakan seluruh perintah Allah adalah amat perlu kita duduk didlam satu proses tarbiyah Islamiah.

Konsep proses tarbiyah yang samalah yang mampu melahir umat Islam yang unik satu masa dahulu. Islam yang kita anuti ini perlulah bermula dengan pengishtiharan keimanan yang diasaskan kepada kefahaman yang mendalam. Kefahaman bahawa rohani, jasmani,, akalnya, perasaannya, peribadinya dan semua aspek kehidupan didasarkan kepada manhaj robani.

Keislam dan keimanan seseorang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak menyertakan sifat taqwa dan ihsan dalam kehidupannya. Tahap ihsan yang sebanar ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Jibril A.S kepada Rasul:

"Hendakalah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat Dia (Allah). Sekiranya kamu tidak melihat Dia, maka ketahuilah sesungguhnya Dia meihat kamu."

Inilah nilai ihsan yang akan mempukan manusia untuk mencapai ketinggian taqwa disisi Allah dan mendapat pengikhtirafan yang abadi dari Allah. Rasulullah telah menyatakan anugerah ini dalam satu hadits yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi tuhannya."

Sejarah telah membuktikan bahawa generasi awal Al-Quraan telah berperanan untuk menyebar wa' Islam yang diperolehi oleh Rasul kepada seluruh pelusuk dunia. Satu peristiwa sahabat Rasul benama Sa'ad membawa sejumlah 10,000 umat Islam lelaki berjalan ke Iraq selama 2 bulan ditengah kepanasan padang pasir untuk menyebar Islam pada kerajaan Rom.

Sementara hartawan Islam Saidina Othman sanggup meninggal istana indahnya, keempukan tilamnya dan duduk bermuhajad kepada Allah di malam hari dan siang harinya sibuk dengan urusan menyebar kefahaman Islam pada masyrakat. Sehingga diriwayatkan bahawa ternampak kesan jalur-jalur pada mukanya yang kadangkala tertidur diatas batu-bata masjid nabi.

Sahabat-sahabat Rasul sanggup meninggal keseronakan dengan keluarga, kemewahan yang sementara, kepenatan yang seketika demi megejar keseronakan, kemewahan dan kerihatan yang kekal abadi di akhirat nanti. Persoalanya dimanakan sumbangan kita pada Islam dan umat Islam yang lain yang masih lagi leka dan berseronak dengan kehidupan dunia yang sementara ini.Iman Ghazali pernah menyatakan dalam kitabnya yang masyhur iatu Ihya Ulumuddin suatu hadits tentang kehinaan dunia disisi Allah dan Rasul.

Kalau kita lihat musuh-musuh Islam sanggup berbelanja habis-habisan, mengorbankan masa dan tenaga, meninggalkan kaum keluarga untuk emnghancurkan umat Islam dan mereka-mereka yang beriman kepada Allah. Adakah kita sanggup untuk berdiam diri dan membiarkan generasi kita dan selepas kita menuju kepada kehancuran. Allah pernah berfirman untuk mengingat manusia tentang keutamaan kerja-kerja menyebar wa' Islam ini sebagaimana dalam surah

At-Taubah ayat 24:

"Katakanlah:"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."

Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

Manusia sentiasa mencari alasan untuk lari dari tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah tidak kira semasa zaman Nabi-nabi terdahulu ataupun pada masa Rasululah masih ada atau pun masa sekarang yang disifatkan zaman sains dan teknolagi. Allah pernah memaparkan alasan-alasan yang diberi oleh penduduk Madinah untuk tidak melaksana ketetapan Allah ini dalam surah

Al-Ahzab ayat 13:

"Dan ingatlah ketika segolongan diantara mereka berkata: "Hai penduduk Yatshrib, tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamua".

dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata:

"Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)". Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari."

Wasalam.