Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Janji Allah

Matlamat ibadah Ramadhan ialah menjadikan kita umat yang bertaqwa. Allah sangat memerintahkan kita menjadi orang orang yang bertaqwa.Hingga untuk itu ALLAH membuat macam macam janji untuk siapa yang bertaqwa.

Diantara janji janji Allah untuk hambaNya yang bertaqwa ialah:


1.Diajarkan ilmu

2.Amal Ibadah diterima

3.Dilepaskan dari kesusahan

4.Diberi rezeki yang tidak terduga

5.Urusan urusan dipermudah

6.Tidak dapat ditipu oleh musuh lahir dan batin

7.Kerja kerjanya diperbaiki dan dibantu oleh Allah

8.Makhluk takut dan segan

9.Allah membela

10.Dibuka berkat dari langit dan bumi

11.Diampunkan dosa

12.Dimasukkan ke Syurga.

13.Terhindar dari Neraka.

Taqwa adalah sumber bagi segala kekayaan .Kekayaan dan keselamatan dunia dan Akhirat.Memiliki taqwa ertinya memiliki segala galanya.Yakni segala kesenangan lahiriah dan batiniah.Orang bertaqwa ,dengan kekayaan yang dipunyai,dia tidak bakhil.Orang bertaqwa dengan ilmu yang tinggi dia tidak berlagak dan takbur .Orang bertaqwa kalau miskin akan redha dan tidak hasad dengki.Demikianlah seterusnya.

"Sesungguhnya semulia mulia kamu disisi ALLAH ialah yang paling bertaqwa".

Al Hujurat :13.

Kehidupan orang bertaqwa berbeza sekali dengan cara hidup mereka yang tidak bertaqwa .Bezanya bagai langit dan bumi.Hanya dengan taqwa saja kejayaan besar yang kita rindukan akan tercapai.Apa saja bentuk pertolongan Allah hanya pada mereka yang bertaqwa bukan pada orang orang Islam.Orang orang Islam belum tentu bertaqwa tapi orang orang yang bertaqwa sudah semestinya Islam.

Oleh itu jika kita inginkan sebarang kejayaan hendaklah kita hidupkan kembali budaya IT salafusoleh yakni Iman dan Taqwa.Kejayaan umat Islam dengan Taqwanya tapi kejayaan orang orang kafir pada Quwwah(kekuatan lahir). Sejarah telah membuktikan kepada kita semua akan hal ini.

Muga muga dibulan Ramadhan yang ini dapat kita sama sama usahakan TAQWA.

Wassalam.