Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Awasilah Fitnah!

Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; 'Ya', ada tetapi bercampur dengan "dakhan'". Huzaifah bertanya, "Apakah 'dakhan' itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, 'Ya' ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah bari tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Marilah kita awasi sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kita, kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Kita sendiri boleh terhakis keimanan dan ketaqwaan dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Maka untuk menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu fahami dua perkara asas:

Ilmu syara' - Islam sebagai ad-din yang syumul dariapada Q & H melalui ulamak-ulamak yang muktabar(yang jelas kefahaman dan keiltizaman mereka dengan ajaran Islam).

Ilmu Waqi' - Keadaan yang ada samada Islamik atau tidak. Fahami reality dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai yang lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?

Allah SWT mengingatkan kita di dalam surah al-Anfal ayat 25 bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dashat siksaan Nya."

Wasalam.