Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Sebahagian Daripada Cara-cara Mencapai Khusyuk dalam Sembahyang

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah.

3. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

4. Menganggapkan sembahyang itu sebagai yang terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

5. Mendirikan sembahyang berjemaah.

6. Membaca surah An-Nas dan juga ayat 97 dan 98 surah Al Mukminun (Juz 18) yang bermaksud:


"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan dan aku berlindung kepadamu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."
7. Menyelesaikan urusan-urusan yang terdesak.

8. Menunaikan qadha hajat.

9. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud.

10. Mengambil wuduk dengan sempurna.

11. Menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

12. Azan dan iqamat walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

13. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

14. Jika mendirikan sembahyang di rumah, pastikan makanan belum bersedia sebab ia akan mengganggu.