Make your own free website on Tripod.com

Tazkirah

Makmurkan Masjid

Masjid akan boleh dimakmurkan jika beberapa usaha dibuat. Terdapat 4 amalan penting jika dihidupkan dapat memakmurkan masjid Allah. Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Dakwah

Dakwah adalah kerja nabi. Sesiapa yang menghidupkan kerja dakwah bermakna ia menghidupkan kerja nabi. Kerja dakwah ini hendaklah berpusat dimasjid. Jemaah-jemaah hendaklah dibentuk dimasjid dan pergi kerumah-rumah orang-orang islam dan sebarkan fikir/risau agama kepada mereka. Kita boleh ziarah spt orang yang tidak pernah datang kemasjid, orang-orang muda, orang-orang sakit dan sesiapa sahaja. Kerja-kerja ini perlu dibuat setiap hari sekurang-kurangnya 2.5 jam (Asar- Magrib/magrib-lewat isya')

Sepatutnya AJK masjid yang bertindak sebagai barisan hadapan untuk membuat kerja ini. Walau bagaimana pun kerja ini menjadi t/ jawab semua kariah masjid.

2. Taklim wa ta'lun (belajar dan mengajar)

Masjid-masjid perlu menghidupkan majlis-majlis pengajian samada majlis mengajar atau belajar. Bacaan hadis fahilat juga perlu diadakan bagi menggalakan orang beramal dan cintakan kepada amal.

3. Ibadat.

Masjid-masjid patut dijadikan pusat ibadat. usaha-usaha kearah menggalakan orang-orang islam datang untuk menunaikan solat berjemaah perlu dipergiatkan. Bacaan Alquran dan zikir juga patut diperbanyakan dimasjid disamping solat sunat yang lain. Amalan-amalan iktikaf juga perlu diperbanyakan terutama dibulan ramadan.

4. Khidmat.

Amalan khidmat juga adalah sebahagian dari amalan masjid. Setiap orang hendaklah dengan sukarela membuat kerja-kerja khidmat untuk membersihkan masjid dsb. Banyak lagi kerja-kerja khidmat boleh dilakukan dimasjid. Sekurang-kurangnya membuang tahi cicak.

Jika semua orang-orang islam sanggup bagi masa untuk masjid, insyaAllah masjid kita akan makmur seperti mana masjid nabi dizaman nabi saw.

Wassalam.