Make your own free website on Tripod.com

Petua Atok Tua

Jika anda tidak berapa faham/ keliru untuk menentukan sesuatu benda.Sila rujuk kepada orang-orang lama.Dan untuk makluman anda semua ,petua ini adalah benar dan ianya di ambil dari orang orang tua dari turun temurun.Kalau tak percaya boleh la tanya pada orang yang lebih tau tentang hal hal sebegini.
Nota: Kesemua petua ini telah di cuba dan alhamdulillah menjadi.

Rahsia Warna Kain Tidak Luntur
Caranya; sebelum kain batik di pakai, rendamkan kedalam air yang di campur dengan sedikit cuka. Kemudian di rendam dan barulah di bilas dengan air biasa. Jangan jemur di bawah matahari terik. Air kelapa juga boleh menolong menjadikan kain terus kekal seperti baru.

Khasiat Limau Nipis
Gisik gigi anda dengan limau nipis dari cara atas kebawah, kemudian bersihkan dengan kapas. Amalkan selalu dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya.

Atasi Badan Berbau.
Cara mengatasinya, ambil kulit oren dan rebus di dalam periuk dengan sedikit air selama lima minit. Sejukkan sebentar dan selepas itu sapu pada badan.Amalkan selalu insya-allah usaha anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Hilangkan bau Hancing
Setelah beras Di basuh, airnya di curah pada tempat yang berbau hancing. Lakukan sekerap yang boleh.

Hilangkan Kesan Minyak
Terdapat dua cara untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian,
i, Sapukan dengan sedikit bedak talkum pada bahagian yang terkena minyak tadi. Kemudian gosokkan seterika agar bedak meresap pada kesan minyak tadi. Tambahkan bedak sehingga kesan minyak nampak kering.
ii. Sekiranya minyak agak banyak, selepas melakukan langkah pertama sapukan lah cecair pencuci pada bahagian tersebut kemudian barulah di cuci seperti biasa.

Elakkan rambut gugur
Ambil sebiji buah keras, kemudian bakar sehingga menjadi arang Tumbukkan dan lumurkan buah keras itu di sekitar kepala.Amalkan selalu dan lihatlah hasinya.

Anak Berkulit Cerah dan Cantik
Sekiranya puan sedang hamil dan teringatkan anak berkulit cerah dan cantik, cuba petua ini.
Banyakkan makan sayur bayam, tidak kira bayam merah atau hijau.Amalkan setiap hari, insya-allah jika di alamkan setiap hari, hasilnya tidak mengecewakan.

Madu sembuhkan bibir yang pecah.
Jika anda mengalami seriawan atau pecah bibir, dan sudah menggunakan pelbagai ubat untuk mengatasinya tetapi tidak berjaya, amalkan petua ini.
Caranya; ambil sedikit kapas lalu disapukan dengan madu dan tampalkan pada bibir. Lakukan setiap kali hendak tidur selama seminggu insya-allah ia akan hilang.

Haluskan Kulit
Caranya amat mudah; amalkan memakan tomato segar setiap pagi sama seperti anda memakan epal. Selain itu, anda juga boleh meminum air perahan tomato.

Hilangkan kurap pada badan
Ambil segemgam daun gelenggan besar, di potong bahagian tangkainya. Daun mesti separuh tua, kemudian di gosok pada tempat yang gatal beberapa kali sehari. Lakukan tiga hingga empat kali setiap hari.

Cara hentikan darah Haid
Ambil daun betik jantan atau betik rambai, ditumbuk halus, kemudian di bancuh dengan air dan di campur dengan sedikit garam jantan. Biarkan ia larut. Selepas itu bolehlah di minum.
Lakukan selama tiga hari , insya-allah darah Haid akan berhenti.

Tanggalkan bekas label.
Cara paling mudah untuk menghilangkannya dalah dengan cara merendam kedalam air hingga keluar labelnya, kemudian gosokkan dengan kain pencuci pinggan mangkuk. Cuci bekas yang masih tinggal dengan penanggal cat.

Sukar makan ubat
Sesetengah anak sukar untuk makan ubat bila demam atau batuk.Jangan risau , cuba petua ini. Tuangkan air yang baru mendidih kedalam cawan. Kemudian masukkan tiga atau emapt ketul halwa kundur kedalam cawan tadi.Tutup cawan itu dan biarkan sehingga sejuk. Keluarkan halwa kundur tadi dan berikan pada anak anda minum sekerap yang anak anda mahu Insya-allah demam atau batuk akan segera sembuh.

Hilangkan rasa kebas.
Untuk menghilangkan nya, ambil kertas atau tisu, dan kiranya kebas sebelah kanan kepilkan pada telinga sebelah kanan.Dan begitu juga jika sebaliknya.

Hilangkan Getah pada pisau.
Cara yang mudah adalah dengan melayurkan pisau itu dengan api dan kesat dengan kertas. Atau anda juga boleh menyapu dengan minyak pada mata pisau.

Hilangkan Parut Jerawat
Parut ubi dan tampalkan di tempat yang ada parut atau bekas jerawat pada waktu pagi dan malam. Biarkan selama 15-30minit Lebih elok kalau dibuang sebelum kering di muka. Kalau tidak mahu parut, boleh juga dipotong halus halus. tapi cara ini kurang berkesan

Khasiat Kunyit hidup.
Untuk Menyembuhkan Kudis yang menyerang kanak kanak kecil.
Caranya; ambil sebuku kunyit, bersihkan. Kemudian parut halus dan campurkan dengan minyak kelapa asli dan didihkan di atas api.Apabila sejuk, sapukan pada bahagian yang di serang kudis setiap hari sehingga kering dan sembuh.

Ubat Senggugut
Cara mengatasi; Ambil secekek pucuk senduduk dan cuci bersih. Ibu kunyit sebesar jari manis dibuang kulit dan di rebus bersama daun senduduk dengan tiga cawan air. Apabila air tinggal lebih kurang satu cawan, tapis dan baca selawat tiga kali. Minum ketika masih suam tiga pagi setiap kali haid.

Kulit tidak melecur
Caranya; ambil lemak ayam seberapa bayka yang boleh kemudian panaskan tanpa minyak dan air sehingga cair seperti minyak.Kemudian simpan dalam botol.
Apabila anda terkena benda/minyak panas, segera sapukan minyak ayam itu.Insya-allah kulit anda tidak akan melecur.

Ubat Asma
Ambilkan gambir sebesar kacang dan campurkan dengan satu sudu air masak. Minumlah setiap hari selama sebulan.Insya-allah, penyakit asma akan sembuh dan tak akan berulang kembali

Hilangkan daki dan bau badan.
Ambil Pucuk jambu batu dan bersihkan.Sental pada badan anda dan juga muka.Lakukan dalam beberapa minit dan sesudah itu mandilah seperti biasa.Badan anda akan rasa segar dan selalu terasa bersih.Amalkan selalu, insya-allah daki dan bau akan hilang.

Gigi Putih Berseri
Caranya, ambil limau nipis yang sudah di belah menjadi empat, Gosok gigi anda secara rata dari atak kebawah, Kemudian keringkan dengan kain bersih atau kapas lalu di bilas dengan air bersih, Lakukan sekali seminggu dan anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

Menghilangkan Kelemumur
Caranya; parut nenas muda kemudian lumurkan pada kepala. Sapu rata-rata hingga ke kulit.Biarkan seketika sebelum di basuh.Amalkan selalu, anda akan dapati kelemumur akan hilang.

Ubati kudis
Apabila kepala anak anda di hinggapi kudis, ambil sepotong kunyit hidup dan kupas kulitnya. Hiris nipis nipis. Kemudian ambil dua ulas bawang putih, juga dihiris.Goreng bahan ke dalam minyak kelapa sawit hingga kunyit dan bawang menjadi perang dan minyak menjadi kekuningan. Biarkan minyak itu sejuk.Selepas itu bolehlah di sapukan di tempat kudis tersebut.

Kurangkan Masin Makanan
Cara mengatasinya adalah dengan mengambil kertas surat khabar yang tebal sedikit atau beberapa helai kertas surat khabar dan letakkan di atas periuk atau kuali yang sedang di masak.
Kedua; masukkan beberapa kentang kedalam lauk yang sedang di masak dan biarkan kentang empuk.Lauk akan menjadi kurang masin kerana ia menyerap garam yang berlebihan.

Menjaga Peti Sejuk
Terdapat dua cara untuk menghilangkan bau pada peti Sejuk:
i. Dengan meletakan arang, ini kerana ia mampu menyerap bau.
ii.Dengan Menggunakan Kulit Nenas yang masih baru, tukar apabila ia dah kering

Nasi Lembik
Bagi mengatasi masalah ini, ambilkan sebiji kentang , buang kulitnya,basuh dan hiriskan kentang tadi.Mesukkan ke dalam nasi tadi. Biarkan selama lima minit kemudian angkat. Cara lain adalah dengan menggunakan roti bantal.Masukkan ke dalam periuk dan jumlah keping bergantung kepada kelembikan nasi .

Nasi Hangit
Cara mengatasinya, ambil dua atau tiga ulas bawang merah dan hiris . Masukkan ke dalam periuk nasi yang berisi nasi hangit tadi.Insya-allah bau hangit akan berkurangan.

Anda mempunyai petua yang ingin dikongsi? emelkan kepada xtreme_semesta@yahoo.com