Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah ( SEMESTA ) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Raub ( RAUB ). Pemasyhuran nama baru itu dibuat bersempena dengan hari perasmiannya oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj. Ahmad Shah pada 4 Julai 1989. SEMESTA dibangunkan di kawasan ladang getah seluas 16 hektar yang terletak di Km 6, Jalan Lipis. Kompleks sekolah ini mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1982. Seramai 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar pada awal tahun 1982 menjadi kumpulan perintis kepada SEMESTA. Sehingga kini SEMESTA telah dipimpin oleh 7 orang pengetua yang berkaliber. Pengetua pertamanya ialah En. Abdul Rahim bin Mohamad yang berkhidmat sehingga tahun 1986. Pengetua SEMESTA sekarang ialah En. Mohamad bin Yahaya yang mula berkhidmat pada 1 Januari 1996. Selepas 20 tahun pembukaan SEMESTA, pelbagai perubahan telah berlaku. Jika dulu tanahnya lapang tidak berpokok, kini telah dihiasi dengan beraneka lanskap yang menarik sesuai dengan kematangan usianya. Untuk kemudahan pelajarnya, pelbagai kemudahan boleh didapati seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, dan astaka. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim telefon awam turut disediakan. Sematang usianya, SEMESTA telah berjaya menjadi pemangkin ke arah melahirkan tenaga profesional dengan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan-peperiksaan penting terutama SRP, PMR, dan SPM. Sehingga kini SEMESTA masih lagi mempertahankan 100% dalam peperiksaan awam. |
VISI
DAN MISI
|
MISI
SEKOLAH BERILMU, BERAMAL, BERBUDI |
LENCANA
SEKOLAH
|
|
Lambang
kecemerlangan Dua gading bersilang beserta tombak menunjukkan sekolah ini terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Cakrawala di sudut kanan atas menunjukkan bahawa sains adalah bidang yang diberi penekanan di sekolah ini. Rangkaian lima gelung rotan tersusun melengkung ialah lambang segajat bagi sukan, yang bererti sekolah ini turut menitik beratkan kegiatan sukan bagi kecergasan fizikal dan mental pelajar. Buku berkeadaan terbuka 180 darjah melambangkan bahawa buku ialah sumber utama mendapatkan ilmu pengetahuan. Lima jalur yang mendukung cogan kata menggambarkan seluruh warga sekolah ini mendukung prinsip-prinsip Rukunegara. Cogan kata " ILMU AMAL BUDI " memberi penegasan tentang matlamat yang ingin dicapai oleh sekolah ini iaitu ke arah melahirkan insan yang berilmu, beramal, dan berbudi. Warna merah, putih, biru dan kuning membawa maksud yang selari seperti yang terdapat pada bendera negara. Warna kuning juga melambangkan bahan galian yang boleh didapati di kawasan Raub. Sepasang gading yang hujungnya bertemu melambangkan cita-cita murni pelajar sekolah ini untuk menuju ke puncak jaya. Gading juga mencerminkan kekuatan, semangat kerohanian dan kecemerlangan. Nama sekolah pada lencana adalah nama baru bagi sekolah ini sempena perasmiannya oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj. Ahmad Shah pada 4 Julai 1989. |
SEMESTA
BERJAYA
|
|