PROFIL TIMBALAN PENGETUA
Nama : Abdullah bin Musa

Tarikh Lahir : 20 JUN 1959

Tempat Lahir : Kg. Mangkasar, Pekan, Pahang

Pendidikan Awal :
          1) Sekolah Rendah :-
                 a) SK. Pekan - 3 tahun (1966 - 68)
                 b) SK.Pusat Pekan - 3 tahun (1969 - 71)
          2) Sekolah Menengah :-  
                a) SM. Rendah Kebangsaan Pekan - 3 tahun (1972 - 74)  
                b) Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur - 2 tahun (1975 - 76)

Pendidikan Lanjutan:  
          1)   Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, K.Lumpur - 2 tahun
                ( 1977-79 ) (pelajar peneroka Pusat Asasi Sains )  
                Fakulti Sains, Universiti Malaya, K.Lumpur - 4 tahun ( 1979-83 )                 Pengkhususan : Kimia
          2)   Lulus dari Universiti Malaya dengan ijazah - Sarjana Muda Sains                dengan Pendidikan ( Kepujian ) - B.Sc. Ed. ( hons )

Latar belakang kerjaya perguruan :
          1)   25 APRIL 1983 - ditugaskan buat kali pertama di SM. Abdul                 Rahman Talib, Kuantan dan kekal di situ sehingga 31 JANUARI                 1994 - 11 tahun.
          2)  1 FEBRUARI 1994 - bertugas di SM. Sains Tengku Abdullah,                Raub sebagai Guru Penolong Kanan HEM - 3 tahun.
          3)  1 FEBRUARI 1998 - mula memegang jawatan GPK 1 di SM.                Sains Tengku Abdullah, Raub sehingga kini - 4 tahun.

Lain-lain :
        Sangat meminati aktiviti-aktiviti kepengakapan. Telah menjadi ahli         Pengakap semenjak di Sekolah Rendah. Pernah memegang jawatan         pemimpin Pengakap Remaja, Pemimpin Kumpulan dan Penolong         Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Kuantan dan Raub). Pernah menjadi         Ketua Kontingen Pengakap Daerah Kuantan ke Jambori Nasional         Malaysia dan Asia Pasifik di Kuantan (1986) ; dan Ketua Kontingen         Pengakap Daerah Raub ke Jambori Nasional Malaysia dan Asia         Pasifik di Besut, Terengganu (1997). Memegang tauliah Penolong         Jurulatih Pengakap Malaysia (1998 - 2002).

Quote :
       " Saya berasal dari keluarga yang miskin dan hidup susah. Ibu bapa          tiada pelajaran. Keadaan inilah yang mendorong saya untuk          berusaha dengan gigih dalam pelajaran, kerana yakin pelajaran          sahaja yang mampu merubah hidup keluarga saya. Alhamdulillah,          usaha dan cita-cita saya berhasil dan ibu bapa saya sempat merasai          sedikit kesenangan dan mereka tidak meninggal dunia dalam               keadaan hidup yang sengsara."